Ninebot GoKart Pro Lamborghini Edition Dilancarkan Oleh Xiaomi

Ninebot GoKart Pro Lamborghini Edition Dilancarkan Oleh Xiaomi

Diterbitkan pada Ogos 12, 2020 oleh .

Ninebot adalah syarikat milik Xiaomi yang menghasilkan basikal elektrik, skuter elektrik, kasut roda elektrik atau juga GoKart. Bersempena dengan ulang tahun mereka yang kesepuluh, mereka telah melancarkan satu GoKart edisi khas dengan kerjasama bersama-sama dengan jenama kereta mewah Lamborghini. Awal tahun, Xiaomi ada memperkenalkan GoKart Pro – iaitu GoKart elektrik mereka yang boleh dibeli oleh orang ramai.

Edisi khas ini diberi nama Ninebot GoKart Pro Lamborghini Edition. Ia adalah GoKart Pro sahaja, tetapi dengan elemen rekaan mirip Lamborghini. Pertama adalah warna kuning yang menyerlah, terdapat spoiler terbina di belakang dan juga stereng yang kelihatan mewah. Kerangka GoKart ini menggunakan keluli yang boleh menampung berat sehingga 100KG. Xiaomi turut menjanjikan kebolehan mengemudi GoKart ini dengan efektif, kelajuan yang baik, ketahanan yang berpanjangan serta tahan lasak.

GoKart ini turut mempunyai TPE dengan rekaan yang ergonomik untuk mengurangkan risiko kemalangan. Ia hadir dengan kapasiti bateri 432Wh yang boleh dipandu sejauh 400 meter pada kadar kelajuan 40 km/h sebanyak 62 kali dalam satu  cas penuh. Tayar pula berkemampuan untuk membuat drift, dan turut terbina adalah audio yang mimik bunyi enjin Lamborghini. Harga jualan di China adalah RMB9,999, iaitu sekitar RM6,033.



TIPS & ULASAN