Celcom Xpax Menawarkan Akses Percuma Tanpa Had Untuk Snapchat Selama 3 Bulan

Celcom Xpax Menawarkan Akses Percuma Tanpa Had Untuk Snapchat Selama 3 Bulan

Diterbitkan pada Ogos 12, 2020 oleh .

Celcom hari ini hadir dengan promosi khas untuk para pengguna Celcom Xpax. Bagi para pengguna Xpax sedia ada, mahupun pelanggan Xpax baru, anda boleh menikmati akses tanpa had ke Snapchat selama 3 bulan secara percuma.

Untuk mendapatkan akses percuma ini, pengguna Xpax hanya perlu log masuk ke aplikasi Celcom Life, dan seterusnya menebus ganjaran Snapchat selama 3 bulan melaluinya.

Celcom Snapchat

Celcom bekerjasama dengan Snapchat dan MDEC untuk tujuan ini, sekaligus mengalakkan lagi belia dan pengguna tempatan dalam menggunakan aplikasi multimedia tersebut untuk menonjolkan kreativiti, selain turut mencipta kandungan digital menggunakannya.

Bagi anda yang menggunakan Xpax, boleh menebus ganjaran ini melalui Celcom Life hari ini.



Paling Popular