Cari @ Amanz

Facebook kini nampaknya telah menamatkan penawaran aplikasi Facebook Lite untuk iPhone. Aplikasi berkenaan tidak lagi boleh dimuat-turun daripada kedai aplikasi App Store oleh pengguna tempatan.

Facebook Lite menawarkan aplikasi yang lebih dioptimasikan berbanding aplikasi utama, selain menggunakan data yang lebih sedikit, dan tidak menggunakan ruangan yang besar. Aplikasi ini lebih ditujukan kepada negara-negara membangun, sekaligus memudahkan pengguna mengakses laman sosial berkenaan walaupun dengan sambungan internet yang perlahan.

Ia telah ditawarkan untuk pengguna Malaysia sejak November 2018 yang lepas, dan kini tidak lagi boleh dimuat-turun pengguna tempatan. Penawaran versi Android masih diteruskan seperti biasa buat masa ini. Ia diperkatakan penawaran aplikasi Facebook Lite ini ditamatkan untuk iPhone kerana penggunaannya adalah sangat rendah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd