Xiaomi telah pun memperkenalkan dua telefon pintar baru, iaitu Mi 10 Ultra dan juga Redmi K30 Ultra. Kedua-duanya hadir dengan penawaran yang menarik – termasuk Mi 10 Ultra yang menyertakan kamera 120MP dan skrin 120Hz.
Apa pun, berkongsi berkenaan dengannya, Xiaomi mengatakan kedua-dua peranti ini adalah eksklusif untuk pasaran China, dan tidak akan ditawarkan untuk pasaran global. Ia diperkatakan, terdapat kemungkinan yang kedua-dua peranti ini turut tidak akan dipasarkan dibawah jenama lain untuk pasaran global.
Ia tidak diketahui sama ada tempoh eksklusif ini adalah sementara atau untuk beberapa bulan ini sahaja – atau akan ditawarkan pada suatu hari nanti untuk pasaran global.