Cari @ Amanz

Aplikasi menghasilkan video ringkas seperti TikTok menerima permintaan ramai sejak akhir-akhir ini. Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan ciri lebih kurang sama, dan salah satunya adalah Dubsmash.

Mengikut laporan terbaru, Facebook dan Snap diperkatakan pernah berbincang untuk mendapatkan Dubsmash. Ia diperkatakan nilai pengambil-alihan yang pernah dibincangkan mencecah ratusan juta ringgit.

Namun, kini perbincangan berkenaan tidak lagi diteruskan oleh Facebook mahupun Snap. Untuk Facebook sendiri, sekiranya mereka mengambil-alih aplikasi Dubsmash, ia mungkin menerima tentangan dibawah akta anti-persaingan.

Apa pun, dengan TikTok yang mungkin diharamkan, pengguna semestinya akan mencari beberapa alternatif untuknya – dan perkara ini mungkin membawa kepada kesan positif untuk aplikasi Dubsmash.

Bagi anda sendiri, adakah anda pernah mencuba aplikasi Dubsmash ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd