Facebook Disaman Kerana Didakwa Mengumpul Data Biometri Pengguna Instagram Tanpa Kebenaran

Facebook Disaman Kerana Didakwa Mengumpul Data Biometri Pengguna Instagram Tanpa Kebenaran

Diterbitkan pada Ogos 13, 2020 oleh .

Antara teknologi yang sepatutnya memudahkan kehidupan seharian ialah sistem pengecaman wajah. Di China wajah boleh digunakan untuk melakukan pengesahan pembelian dan pada telefon pintar ia digunakan untuk menyahkunci. Tetapi ia turut ditakuti kerana boleh disalahguna seperti yang berlaku di Xinjiang serta Hong Kong.

Sementara itu di Amerika Syarikat, Facebook kini berhadapan dengan sama kerana didakwa mengumpul data biometri pengguna Instagram tanpa kebenaran. Saman difailkan di California dan ia menuduh data biometri wajah lebih 100 juta individu telah dikumpul tanpa kebenaran.

Data wajah mereka yang tidak mempunyai akaun Facebook dan Instagram turut dikumpul menerusi sistem pengecaman imej mereka. Kesemua maklumat ini kemudiannya didakwa digunakan untuk melatih sistem pengecaman wajah pada kesemua platform milik Facebook serta dikongsi dengan pihak ketiga.

Sebelum ini pada bulan Julai, Facebook bersetuju membayar denda $650 juta (~RM2.7 bilion) kepada kerajaan negeri Illinois kerana mengumpul data biometri tanpa kebenaran. Pengumpulan data biometri tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan di negeri tersebut.

Pihak Facebook telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa saman yang difailkan adalah tidak berasas kerana syarikat tidak mengumpul data biometeri. Pada waktu yang sama sekiranya sistem pengecaman wajah digunakan, pengguna akan diberitahu terlebih dahulu



TIPS & ULASAN