Samsung Malaysia hari ini mengesahkan mereka akan memperkenalkan tablet terbaru mereka, Galaxy Tab S7 dan Galaxy Tab S7+ untuk pasaran Malaysia secara rasminya pada 28 Ogos 2020 kelak. Apa pun, harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.
Samsung Galaxy Tab S7 dan Galaxy Tab S7+ merupakan tablet mercu daripada Samsung, yang telah diperkenalkan bersama-sama siri Galaxy Note20. Ia hadir dengan skrin 120Hz, selain dilengkapi dengan cip Snapdragon 865+ terbaru.
Galaxy Tab S7 hadir menggunakan skrin 11-inci, sementara Galaxy Tab S7+ pula menggunakan skrin 12.4-inci.
Sama-sama kita nantikan 28 Ogos ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang ditawarkan oleh Samsung untuk pasaran tempatan melalui tablet terbaru ini.