Pembangunan Air Force One Berkelajuan Mach 5 Dimulakan Oleh Amerika Syarikat

Pembangunan Air Force One Berkelajuan Mach 5 Dimulakan Oleh Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Ogos 13, 2020 oleh .

Air Force One ialah nama yang diberi kepada pesawat yang membawa Presiden Amerika Syarikat. Ia dilihat sebagai lambang kemegahan Amerika Syarikat dan adalah di bawah bidang kuasa Tentera Udara AS dan Direktorat Pengangkutan Udara Presiden dan Eksekutif. Syarikat pemula Hermeus telah mengumumkan mereka telah diberikan kontrak untuk membangunkan pesawat hipersonik untuk kegunaan badan eksekutif negara.

Dengan kata lain Amerika Syarikat telah memulakan pembangunan untuk pesawat Air Force One dengan kelajuan hipersonik bagi menggantikan Boeing 747-8 yang kini masih di dalam proses pengubahsuaian. Sebuah enjin hipersonik yang menyasarkan kelajuan sehingga Mach 5 sedang dibangunkan oleh Hermeus.

Enjin Hermeus – HERMEUS

Enjin ini akan berfungsi sebagai enjin turbojet biasa sehingga kelajuan Mach 3 sebelum berfungsi sebagai ramjet sehingga kelajuan Mach 5. Ini menyamai enjin SABRE yang dibangunkan untuk pesawat Skylon oleh United Kingdom.

Sekiranya dibangunkan kelak, pesawat hipersonik ini dipercayai akan hanya membawa sehingga 20 penumpang sahaja. Pada kelakuan hipersonik, penerbangan dari New York ke London misalnya dapat dilakukan dalam masa 90 minit berbanding 8 jam menggunakan pesawat jet semasa. Sebagai ketua negara, pesawat hipersonik juga lebih selamat kerana tidak mampu dipintas pesawat pejuang dan peluru berpandu.



Paling Popular