Carian
Google Assistant Kini Boleh Menyanyi Lagu Yang Mengingatkan Anda Untuk Memakai Pelitup Muka
August 13, 2020 Fahim Zahar

Sehingga hari ini kita masih belum bebas lagi dari Covid-19. Virus ini masih berleluasa di luar sana, dan kita sekarang hidup dalam norma baharu – di mana wajib memakai pelitup muka, sentiasa berjaga-jaga, serta menjaga pembatasan sosial. Tetapi, masih ada yang berdegil ingkar arahan kerajaan dengan tidak memakai pelitup muka. Sedangkan ia adalah satu kaedah perlindungan diri dan juga orang di sekeliling.

Terkini, Google telah mengemaskini Google Assistant dengan kemampuan menyanyi lagu bagi mengingati pengguna agar sentiasa memakai pelitup muka. Inisiatif Google ini bukannya baru, sebelum ini Google Assistant sudah boleh menyanyi lagu mengenai membasuh tangan dalam masa 40 saat. Untuk Google Assistant menyanyi lagu ini, anda hanya perlu seru “Hey, Google Sing Me A Song” atau mana-mana arahan yang mempunyai maksud yang sama. Tetapi, ia bergantung kepada nasib anda kerana lagu-lagu yang Google nyanyikan adalah secara rawak.

Komen