Cari @ Amanz

Di masa hadapan setiap rumah akan dilengkapi panel solar dan bateri yang menyimpan lebihan tenaga sebelum digunakan. Tesla dan Daimler adalah dua syarikat yang telah menjual pek kuasa untuk kegunaan rumah. Tetapi ini memerlukan pengguna membeli pek kuasa tambahan yang berharga agak tinggi. Penyelidik dari Washington University di St. Louis. telah berjaya menghasilkan pek bateri dari batu-bata biasa.

Batu-bata dengan lapisan PEDOY:PSS

Batu bata merah yang disadurkan dengan bahan poly(3,4-ethylenedioxythiophene) polystyrene sulfonate (PEDOT:PSS) didapati mampu menyimpan caj seperti sebuah adikapasitor Pengecasan dan penyahcasan dapat dilakukan dengan pantas dari batu bata yang diubahsuai.

Bagi membuktikan konsep, batu-bata merah biasa diubah suai untuk menjadi bateri. Ia kemudiannya berjaya membekalkan kuasa kepada lampu LED. Seperti bateri, lebih dari satu batu-bata boleh disusun untuk membentuk kapasitor berkapasiti besar.

Penyelidik membayangkan di masa hadapan panel solar akan disambungkan terus kepada bateri batu bata ini. Sebuah bangunan dengan 50 batu bata yang disadur PEDOT:PSS dijangka boleh membekalkan kuasa kecemasan selama lima jam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd