Cari @ Amanz

Pada penghujung bulan Jun, kerajaan India dilihat telah mengharamkan 59 aplikasi dari China, dan yang terbesar diantaranya ialah TikTok. Microsoft, satu-satunya syarikat yang dilihat berminat untuk mengambil alih platform video pendek tersebut juga sedang menghadapi pelbagai cabaran, khususnya daripada kerajaan Amerika sendiri.

Untuk mengelakkan daripada perkhidmatan bernilai tersebut mati begitu sahaja, ByteDance sedang dalam perbincangan dengan Reliance Industries untuk pelaburan kewangan dan bantuan untuk mengangkat sekatan keatas TikTok supaya ia boleh beroperasi semula di pasaran kedua terbesar platform tersebut di India.

Reliance Jio kini ialah syarikat teknologi paling bernilai di India, dan selepas menerima pelaburan sebanyak $20 bilion daripada pelbagai syarikat-syarikat teknologi terkemuka, boleh dikatakan satu-satunya jalan untuk ByteDance memastikan bahawa TikTok tidak kehilangan pasaran yang sangat bernilai itu.

TechCrunch melaporkan bahawa perbincangan masih berada dalam peringkat awal, dan ByteDance menilaikan platform TikTok pada sekurang-kurangnya $3.0 billion (~RM12 bilion), dimana ia menggaji 2000 pekerja dan mempunyai seramai 200 juta pengguna di India sahaja.

Walaupun TikTok sudahpun diharamkan penggunaannya di India, dimana aplikasi-aplikasi tersebut telah dibuang daripada Apple App Store dan Google Play Store, ByteDance masih lagi menggaji para pekerjanya dengan harapan aplikasi tersebut akan boleh digunakan semula dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd