YouTube Akan Anjur Super Stream Bermula 15 Ogos – Penstriman Filem, Drama Dan Anime Tanpa Henti Secara Percuma

YouTube Akan Anjur Super Stream Bermula 15 Ogos – Penstriman Filem, Drama Dan Anime Tanpa Henti Secara Percuma

Diterbitkan pada Ogos 13, 2020 oleh .

YouTube hari ini telah mengumumkan sebuah program baru dinamakan Super Stream. YouTube Super Stream Malaysia ini akan dianjurkan antara 15 Ogos sehingga 16 September 2020 ini, dan disertai oleh sejumlah rakan media tempatan, termasuk Astro, Media Prima, Muse dan juga WebTVAsia.

Melalui penawaran Super Stream ini, ia akan memberikan pengalaman seumpama televisyen kepada pengguna melalui laman YouTube. Ia sekaligus akan memudahkan pengguna mengikuti pelbagai rancangan secara langsung melalui laman video popular berkenaan.

Antara kandungan yang akan ditawarkan adalah termasuk drama, anime, filem dan juga komedi-komedi klasik.

Memandangkan ia ditawarkan melalui YouTube, maka semua pengguna boleh menikmati kandungan ini secara percuma tanpa perlu melakukan sebarang bayaran.

Bagi anda yang berminat, boleh ke laman YouTube untuk mengikuti Super Stream bermula 15 Ogos ini. Anda juga boleh menyemak intisari rancangan yang disediakan oleh YouTube melalui halaman sehenti mereka.



TIPS & ULASAN