realme C12 – Dikuasakan Dengan Bateri Mega 6000mAh Bersama Tri-Kamera Utama

realme C12 – Dikuasakan Dengan Bateri Mega 6000mAh Bersama Tri-Kamera Utama

Diterbitkan pada Ogos 24, 2020 oleh .

Pelbagai syarikat peranti pintar berlumba-lumba dalam menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi yang mampu memenuhi permintaan, kehendak dan keperluan pengguna mereka. Antara aspek penting yang sering diambil kira sebelum seseorang itu membeli sebuah telefon pintar adalah kapasiti bateri yang ditawarkan. Hal ini adalah kerana, sekiranya kapasiti bateri yang ditawarkan adalah kecil, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada produktiviti harian kita. Jadi bagi memenuhi keperluan pengguna, realme telah melancarkan realme C12 yang merupakan telefon pintar pertama mereka yang hadir dengan kapasiti bateri mega 6000mAh.

Tetapi sebelum itu, kita perkenalkan dahulu spesifikasi penuh bagi realme C12 ini. Telefon pintar ini hadir dengan rekaan skrin seluas 6.5 inci bersama takuk kecil yang memberikan nisbah skrin ke badan seluas 88.7%. Telefon pintar ini juga menerima janaan cip pemprosesan Helio G35, penawaran memori 3GB RAM bersama 32GB storan, gabungan tri-kamera 13MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 5MP. Manakala dari segi pengecasannya pula, realme C12 ini menawarkan bateri besar berkapasiti 6000mAh.

Seperti yang telah digembar-gemburkan, kita semua sudah tahu bahawa realme C12 ini merupakan peranti pertama daripada realme yang menawarkan bateri sebesar 6000mAh. Jika dahulu kita sering bergantung kepada powerbank dalam kehidupan seharian kita, namun dengan terbinanya bateri sebesar ini, ia sedikit sebanyak memudahkan lagi pergerakkan kita, dimana beg kita menjadi lebih ringan dengan ketiadaan powerbank yang besar dan berat.

Dengan kapasiti bateri sebesar ini, realme telah menjalankan satu ujian untuk model C12 dan menyatakan bahawa telefon pintar ini mampu untuk bertahan dalam mod sedia sehingga 57 hari, dimana menurut realme adalah lebih baik daripada sesetengah telefon pintar mercu yang ada di pasaran. Bukan sekadar itu sahaja, realme juga turut menyertakan perisian khas untuk mengoptimasikan dan menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar ini.

Pelbagai alternatif yang realme telah sediakan untuk pengguna mereka yang ingin menjimatkan penggunaan bateri. Antara perisian yang dibina pada telefon pintar untuk membantu mengurangkan penggunaan bateri adalah aplikasi Quick Freeze yang berfungsi untuk menghentikan penggunaan kuasa peranti apabila sesuatu aplikasi itu tidak digunakan. Manakala fungsi Screen Battery Optimization pula boleh digunakan untuk menurunkan beberapa efek paparan skrin secara automatik apabila perlu. Alternatif lain yang dapat menjimatkan penggunaan bateri adalah melalui pengaktifan mod Sleep Standby Optimization yang akan merendahkan penggunaan bateri apabila anda tidur. Tetapi sekiranya anda ingin penggunaan bateri yang dapat bertahan lebih lama, apa yang perlu anda lakukan adalah aktifkan mod Power Saving dimana ia akan merendahkan kecerahan skrin dan singkatkan waktu paparan skrin kepada 15 saat.

Tahukah anda, mengikut kajian yang telah dijalankan oleh realme, kebanyakkan pengguna telefon pintar hanya menggunakan 6 aplikasi sahaja sepanjang masa penggunaan telefon pintar mereka. Oleh itu, mereka telah membenarkan pengguna untuk memilih 6 aplikasi yang sering digunakan melalui fungsi mod Power Saving untuk diaktifkan dan anda boleh gunakannya dengan lebih lama tanpa perlu risau telefon anda kehabisan bateri dengan cepat.

Selain baterinya yang besar, kamera realme C12 ini juga boleh dikatakan agak memuaskan untuk sebuah telefon pintar daripada kelasnya. Spesifikasi kamera yang ditawarkan pada telefon pintar ini adalah gabungan 13MP, 2MP, dan 2MP. Menurut realme, sensor 13MP ini hadir dengan bukaan aperture yang agak luas, iaitu f/2.2 yang mana keluasan bukaan ini adalah cukup besar untuk memerangkap cahaya disekeliling agar pencahayaan di dalam gambar adalah mencukupi, tanpa mengira kawasan sekelilingnya samaada cerah atau kurang pencahayaan. Malah, anda juga dapat menghasilkan rakaman zum yang memuaskan dengan bantuan zum 4x daripada model C12 ini.

Lensa 2MP adalah untuk kegunaan bagi anda yang gemar mengambil gambar dengan tema retro, hitam putih. Lensa ini dikatakan akan dapat menghasilkan rakaman hitam putih yang cantik dengan bantuan fungsi yang boleh melaraskan pewarnaan gambar. Selain itu, lensa 2MP yang satu lagi pula adalah untuk rakaman makro, yang mana ia membolehkan anda untuk menghasilkan rakaman pada jarak sedekat 4cm. Walaupun ia diambil pada jarak dekat, fokusnya tidak hilang dan hasilnya pula agak memuaskan kerana ia tajam, terperinci dan memuaskan.

Akhir sekali adalah kamera swafotonya yang dilengkapi dengan lensa 5MP dimana ia dikatakan mampu untuk merakam gambar dengan jelas. Seperti kebanyakkan fungsi kamera telefon pintar, kamera swafoto realme C12 ini juga mampu untuk merakam gambar melalui mod kecantikkan, mod HDR, mod potret dan panoselfie yang membolehkan anda untuk merakam gambar swafoto dengan sudut yang lebih luas.

Kesimpulannya, realme C12 ini adalah telefon pintar yang sesuai bagi anda yang mementingkan untuk kegunaan harian. Dengan kapasiti bateri yang besar, anda tidak lagi memerlukan powerbank, dan lebih senang untuk bergerak. Melalui pelancaran telefon pintar ini, ia sekaligus menjadikan realme C12 sebagai telefon pintar dari siri C dan yang pertama daripada peranti kelas pertengahan yang hadir dengan bateri sebesar 6000mAh. Jadi bagi anda yang berminat, ikuti pelancaran realme C12 ini di pasaran Malaysia yang akan berlangsung esok, pada 25 Ogos 2020 pada pukul 11 pagi melalui siaran langsung Facebook mereka.

Ikuti: Pelancaran realme C12 Melalui Facebook realme Malaysia

Penafian: Advertorial daripada realme Malaysia


TIPS & ULASAN