Cari @ Amanz

Bulan lepas, Qualcomm mengumumkan sistem pengecasan pantas baharu – Quick Charge 5. Ia menyokong sehingga 100W kuasa pengecasan yang mana boleh mengecas sehingga 50% dalam masa 5 minit untuk sebuah peranti dengan 4500mAh kapasiti bateri. Dari segi keselamatan, Qualcomm menggunakan pemisahan 12 voltan berbeza, selain turut menyertakan perlindungan dari kepanasan ketika peranti sedang dicas.

Baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Mi 10 Ultra yang mana semuanya 120 – dari pengecasan pantas 120W, zum 120x dan juga skrin 120Hz. Selepas sekitar satu tahun Xiaomi memperlihatkan teknologi pengecasan 100W, akhirnya ia menjadi realiti dan Qualcomm adalah rakan kerjasama Xiaomi bagi menjayakan teknologi pengecasan ini. Menurut Qualcomm, pengecasan pantas 120W pada Mi 10 Ultra menggunakan Quick Charge 5. Mi 10 Ultra boleh mengecas sehingga 100% dalam masa 23 minit dengan mengubah dua arus voltan-tinggi 20V/3A kepada voltan-rendah 10V/6A dan mengubahnya kepada 10V/12A yang mengecas ke dua-dua bateri 2,250mAh. Bateri Mi 10 Ultra adalah jenis dwi-sel.

Hanya dengan kerjasama dengan Qualcomm memberikan tahap efisien pengecsan Mi 10 Ultra kepada 98.5%. Disebabkan teknologi ini juga, 800 pengecasan pada Mi 10 Ultra hanya akan memakan 10% bateri. Quick Charge 5 juga sama dengan Quick Charge 4 atau 4+ yang ada sokongan PPS, yang mana kuasa pengecasan boleh diprogramkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd