Kadar Tontonan Pengguna Malaysia Di YouTube Meningkat 35% Pada Jun 2020

Kadar Tontonan Pengguna Malaysia Di YouTube Meningkat 35% Pada Jun 2020

Diterbitkan pada Ogos 13, 2020 oleh .

YouTube hari ini telah mengumumkan bakal mengadakan acara YouTube Super Stream pada minggu ini, sekaligus menyaksikan penawaran filem, drama dan anime melalui platform video tersebut secara percuma, tanpa henti untuk sebulan.

Selari dengannya, ketika pengumuman berkenaan, YouTube turut berkongsi secara ringkas berkenaan statistik penggunaan pasca Covid-19.

Menurut YouTube, kadar tontonan pada Jun 2020 menyaksikan peningkatan dari segi masa tontonan mencapai 35% berbanding tahun lepas.

YouTube mengatakan penularan Covid-19 telah mengubah bagaimana pengguna mendapatkan kandungan mereka, termasuk bagaimana pengguna berkomunikasi dengan jenama.

Selain daripada kadar tontonan, daripada pengamatan kasar kami, penerbit kandungan baru juga mula ke YouTube untuk berkongsi video terbitan sendiri, selain menghasilkan pelbagai kandungan kreatif untuk platform tersebut.

Bagi anda sendiri, adakah anda sudah mula untuk menonton lebih banyak video berbanding sebelum ini di YouTube?



TIPS & ULASAN