Apple kini dilaporkan bakal hadir dengan sebuah perkhidmatan yang dikenali dengan nama kod “Apple One”, dimana melaluinya, ia bakal menghimpunkan pelbagai penawaran perkhidmatan langganan Apple dibawah satu pakej.
Pada hari ini, Apple mempunyai beberapa perkhidmatan langganan, termasuk Apple Music, Apple Arcade, iCloud, Apple TV+, dan sebagainya.
Melalui pakej Apple One, ia dijangka menghimpunkan semuanya dibawah satu berkas – sekaligus menawarkan harga langganan yang lebih berbaloi kepada pengguna.
Untuk pengguna juga, langkah ini dijangka akan menjimatkan mereka, selain memudahkan pengurusan bil. Pada masa yang sama, ini akan membolehkan Apple mendapatkan pelanggan yang setia dan menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan mereka.
Apple dijangka akan memperkenalkan penawaran baru ini seawal pengenalan iPhone baru yang dijadualkan sekitar Oktober kelak.