Aplikasi Fortnite Turut Dibuang Dari Google Play Store

Aplikasi Fortnite Turut Dibuang Dari Google Play Store

Diterbitkan pada Ogos 14, 2020 oleh .

Fortnite pagi ini turut telah dibuang dari Google Play Store kerana memintas sistem pembelian dalam aplikasi yang digunakan platform tersebut. Namun begitu tidak seperti pengguna iOS, pengguna Android mempunyai beberapa alternatif lain untuk memuat turun permua popular ini.

Pilihan pertama ialah menerusi portal mereka sendiri ataupun menerusi Samsung Galaxy Store. Terdapat juga banyak stor aplikasi lain untuk peranti Android di luar sana bergantung kepada keselesaan pengguna. Ini adalah sebab mengapa Google tidak dinamakan di dalam tuntutan anti-monopoli yang difailkan oleh Epic Games sejurus selepas Fortnite dibuang dari Play Store. Jadi kepada pengguna peranti Android anda masih boleh memuat turun Fornite tetapi tidak menerusi Play Store sahaja.

Kemaskini – Epic Games baru sahaja memfailkan tuntutan anti-monopoli ke atas Google selepas Fortnite dibuang dari Play Store.



TIPS & ULASAN