Dalam kesibukan Redmi membuat persiapan untuk pelancaran komputer riba gaming pertama mereka, Redmi G Gaming. Nampaknya, jenama ini masih sempat mengambil peluang untuk memperkenalkan sebuah lagi komputer riba terbaru lagi iaitu RedmiBook Air 13.
RedmiBook Air 13 hadir dengan paparan berukuran 13.3-inci dengan resolusi skrin 2560 x 1600 piksel dan nisbah aspek 16:10. Paparan ini juga dilengkapi dengan sokongan tambahan untuk ciri-ciri seperti DC Dimming dan gamut warna 100 peratus dengan kecerahan 300nits.

Untuk spesifikasi, ia menggunakan cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-10 dengan sokongan turbo sehingga kelajuan 4.5GHz. Komputer riba ini juga digabungkan dengan konfigurasi memori sehingga 16GB RAM dan storan 512GB SSD – bergantung kepada model yang dipilih.
RedmiBook Air 13 juga dilengkapi sokongan untuk Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, menjalankan Windows 10 dan bateri 41Wh dengan pengecas 65W menerusi port USB-C. RedmiBook 13 ditawarkan pada harga bermula RMB4,899 (RM2,957) di China. Tidak diketahui lagi sama ada komputer riba ini akan dipasarkan pada peringkat global atau sebaliknya.