Cari @ Amanz

Ketika ini, industri pelancongan dunia termasuk Malaysia dilihat ‘hidup semula’ dan telah dibuka untuk orang ramai secara terhad. Ribuan pelancong tempatan mula menyerbu tempat-tempat terkenal untuk melepaskan ‘kerinduan’ melancong setelah berbulan-bulan berada di rumah.

Jika anda sedang merancang percutian untuk bersantai dan tidak pasti lagi mengenai pengangkutan dan penginapan mana yang sesuai untuk anda, rasanya kemaskini terbaru pada Google Search kali ini sedikit sebanyak mungkin boleh membantu.

Melaluinya, anda kini boleh mengetahui pelbagai kemaskini mengenai destinasi yang ingin dituju seperti sekatan jalan raya, pilihan untuk penginapan serta penerbangan yang tersedia dan sebagainya. Maklumat yang akan dipaparkan bersama-samanya termasuklah pilihan untuk penerbangan dan hotel berserta kos, pendapat orang ramai mengenai tempat berkenaan, pilihan tempat menarik lain yang boleh dikunjungi dan sebagainya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan semakan pembatalan percuma untuk kebanyakan tempahan hotel sekiranya terdapat hal yang tidak dapat dielakkan.

Dengan ini, rasanya anda boleh bercuti dengan hati tenang dan gembira tanpa pening kepala. Tapi perlu diingatkan, kita masih belum menang. Bercuti, bercuti juga. Tapi, anda disarankan untuk mengikut semua Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd