Carian
Telegram Memperkenalkan Sokongan Panggilan Video Dalam Bentuk Alpha
August 16, 2020 Aman

Telegram telah menguji sokongan membuat panggilan video sebelum ini, dan kini telah pun secara rasminya memperkenalkan dan mengumumkan ciri berkenaan.

Sokongan membuat panggilan video ini masih dilabelkan dalam peringkat alpha, dan terhad untuk panggilan seorang ke seorang sahaja. Ia disokong pada aplikasi Android dan iOS terkini – memerlukan pemanggil dan penerima panggilan menggunakan versi terkini untuk mengujinya.

Telegram Video Call

Telegram sedia menekankan yang mana sokongan panggilan video menjadi fokus ramai pada tahun ini, sekaligus telah menjadikan ia sebagai salah satu medium komunikasi baru yang digunakan ramai pada 2020. Selari dengannya, Telegram memperkenalkan ciri ini pada aplikasi mereka.

Sebelum ini, Telegram sedia mengumumkan bakal turut menyertakan sokongan panggilan video berkumpulan – namun, ia masih belum diintegrasikan pada versi alpha ini.

Untuk menggunakan sokongan panggilan video, anda hanya perlu tap pada profil pengguna yang ingin dipanggil, memilih menu, dan menekan pada pilihan panggilan video.

Komen