Microsoft, Amazon Dan Google Memperlihatkan Minat Untuk Majukan Malaysia Dalam Bidang IT

Microsoft, Amazon Dan Google Memperlihatkan Minat Untuk Majukan Malaysia Dalam Bidang IT

Diterbitkan pada Ogos 16, 2020 oleh .

Arena teknologi merupakan salah satu sektor yang dilihat pelbagai negara sebagai sektor ekonomi yang baharu. Ramai juga bersaing dalam memajukan negara masing-masing dalam bidang berkenaan, dan turut tidak ketinggalan adalah Malaysia.

Bercakap lanjut mengenainya, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan Microsoft, Amazon dan Google telah berjumpa dengan beliau, sekaligus menyatakan kesediaan mereka untuk bersama-sama terlibat dalam proses memajukan Malaysia dalam bidang teknologi maklumat, sekaligus membantu Malaysia menjadi pusat serantau.

Apa pun, buat masa ini, kekangan yang dihadapi adalah berkaitan kesalinghubungan. Internet di Malaysia dikatakan tidak efisien pada hari ini.

Selari dengannya, kerajaan turut mengatakan kini telah tiba masanya untuk melangkah kehadapan bagi terus mengembangkan capaian internet di Malaysia.



TIPS & ULASAN