Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini merancang untuk memperkenalkan sebuah modul khas dalam usaha untuk membantu ibu bapa mendidik dan awasi penggunaan gajet elektronik anak-anak.
Modul ini akan dibangunkan oleh CyberSecurity Malaysia, dan dikatakan amat penting dalam mengawal kanak-kanak pada masa kini – apatah lagi dengan penggunaan gajet telah menjadi sesuatu yang biasa dikalangan kanak-kanak.
Walaupun kerajaan mengalakkan penggunaan teknologi digital, namun pendedahan berkaitan sekuriti dan keperluan kawalan dikalangan kanak-kanak masih kurang didebatkan.
Pada hari ini, terdapat sejumlah pengeluar telah mula mengintegrasikan sokongan kawalan penggunaan peranti atau aplikasi – sekaligus mengelak pengguna terdedah kepada gaya hidup digital semata-mata.