Xiaomi sebelum ini telah hadir dengan sebuah gelang tangan pada harga lebih rendah berbanding penawaran Mi Band biasa, iaitu Mi Band 4C. Selepas ditawarkan dibeberapa buah negara, kini Mi Band 4C turut boleh didapati di Malaysia melalui Xiaomi Official Global Store.

Xiaomi Mi Band 4C hadir dengan skrin berwarna 1.08-inci, dan ia hadir dengan rekaan unik menggunakan penyambung USB-A untuk pengecasan. Melaluinya, anda boleh mengecas terus tanpa perlukan sebarang wayar atau pengecas tambahan. Xiaomi mengatakan ia menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 14 hari lamanya, selain turut menyokong kalis air sehingga 50 meter.
Bagi anda yang berminat, dan inginkan alternatif lain selain Mi Band 5 dan Mi Band 4, mungkin boleh menyemak Mi Band 4C ini hari ini.
- Beli : Mi Band 4c di Shopee