Cari @ Amanz

Realme Malaysia hari ini telah mengesahkan mereka bakal melancarkan Realme C12 secara rasminya untuk pasaran tempatan pada 25 Ogos kelak.

Realme C12 hadir dengan skrin 6.5-inci dengan resolusi HD+, dijana cip MediaTek Helio G35, memori 3GB RAM dan storan 32GB.

Ia turut hadir dengan tri-kamera belakang untuk rakaman gambar, gabungan 13MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 5-megapixel. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 6000mAh dengan pengecasan 10W.

Buat masa ini, harga jualan telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya pada 25 Ogos ini, termasuk tarikh ia akan dijual kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd