Carian
Projektor Padat Canon MP250 Bakal Tiba Di Pasaran Tempatan – Berharga RM2199
August 17, 2020 Nazrin

Jika anda sedang mencari sebuah projector untuk sistem teater rumah anda, Canon Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa projektor padat terbaru mereka, Canon MP250 kini boleh didapati di pasaran tempatan.

Canon MP250 ini mempunyai saiz yang padat pada dimensi 120mm x 120mm x 23mm dan seberat 407g sahaja. Projektor ini menggunakan sistem Digital Light Processing ataupun DLP dengan kecerahan setinggi 250nit.

Sebagai projektor lontaran jarak pendek, projektor ini mampu melontar paparan bersaiz 93 inci daripada jarak 3 meter sahaja. Ia dikuasakan sebuah CPU 4 teras 1.5GHz dengan memori sebanyak 2GB dan mampu menggerakkan kandungan beresolusi 4K kepada output WVGA beresolusi 854×480 pixel.

Dari segi pilihan I/O pula, projektor Canon MP250 ini mempunyai dua palam USB 2.0 Type-A, satu pembaca kad Micro-SD dan satu palam HDMI 1.4 untuk input daripada peranti media. Ia juga hadir dengan sokongan untuk sambungan WiFi 802.11a/b/g/n/ac.

Dalam pada itu, projektor Canon MP250 ini juga hadir dengan bateri terbina yang mampu memaparkan kandungan video selama dua jam berturut-turut dengan kecerahan maksima 250nit.

Menurut Canon Malaysia, projektor Canon MP250 ini akan tiba di pasaran tempatan pada bulan September kelak, dan boleh dibeli pada harga RM2199.

Komen