Laman Muat-Turun Penyunting Teks Notepad++ Disekat Di China

Laman Muat-Turun Penyunting Teks Notepad++ Disekat Di China

Diterbitkan pada Ogos 17, 2020 oleh .

Perisian penyunting teks Notepad++ ialah sebuah perisian yang digunakan oleh ramai pengaturcara kerana ia bukan sahaja hadir dengan sokongan untuk pelbagai jenis bahasa pengaturcaraan, tetapi juga adalah sebuah perisian sumber terbuka yang percuma.

Baru-baru ini, Notepad++ dilanda kontroversi di China kerana pembangun perisian tersebut telah menamakan kemaskini versi baru perisian tersebut dengan nama-nama seperti Stand with Hong Kong dan juga Free Uyghur dimana ia adalah kritikan kepada tindakan kerajaan China pada negara tersebut dan juga layanan terhadap rakyat berbangsa Uyghur.

Menurut laporan TechCrunch, kerajaan China telah menyekat akses kepada laman muat-turun Notepad++ sahaja, dan laman web utamanya masih boleh diakses tanpa masalah.

Pihak Notepad++ juga telah mengeluarkan sebuah ciapan dan mengatakan bahawa mereka sedar mengenai sekatan tersebut dan sebab dibelakangnya.



TIPS & ULASAN