Intel Memperkenalkan Siri CPU Intel Edisi Khas Avengers

Intel Memperkenalkan Siri CPU Intel Edisi Khas Avengers

Diterbitkan pada Ogos 17, 2020 oleh .

Baru-baru ini, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Intel bakal memperkenalkan siri CPU Intel Core generasi kesepuluh, lengkap dengan nama modelnya tersendiri.

Hari ini, melalui sebuah ciapan di Twitter, Intel mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan siri CPU berdasarkan permainan Marvel’s Avengers keluaran Square-Enix.

Terdapat beberapa perkara yang menjadikan siri CPU Intel Avengers ini unik. Pertama, rekaan berkas CPU-CPU ini direka oleh Tristan Eaton, seorang artis mural yang cukup terkemuka.

Bukan itu sahaja, Intel turut memperlihatkan penjenamaan semula untuk lima model CPU bagi siri edisi khas ini. Ia termasuklah Intel Core i5-10600KA, Intel Core i7-10700KA, Intel Core i9-10850KA, dan Intel Core i9-10900KA.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui jika CPU-CPU ini mempunyai sebarang perbezaan dari segi kelajuan dan sebagainya, ataupun perbezaan nama hanyalah untuk tujuan pengumpulan.

Intel juga masih belum mengumumkan bilakah CPU-CPU ini akan mula dijual, mahupun tanda harganya.



Paling Popular