Asus Bakal Melancarkan Siri Zenfone 7 Secara Rasminya Minggu Hadapan

Asus Bakal Melancarkan Siri Zenfone 7 Secara Rasminya Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 17, 2020 oleh .

Asus kini secara senyap telah mengesahkan yang mana mereka bakal memperkenalkan siri Zenfone 7 terbaru mereka secara rasminya pada 26 Ogos 2020 kelak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah kejutan yang akan dibawakan oleh Asus secara rasminya. Mereka sekadar mengacah memperlihatkan penggunaan empat kamera pada bahagian belakang, dan mungkin hadir dengan lebih daripada satu peranti.

Mengikut desas-desus, Zenfone 7 juga dijangka hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh, selain mungkin turut menyertakan spesifikasi tinggi bersama-sama dengannya.


Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 26 Ogos 2020 kelak untuk melihat sendiri kejutan yang bakal dibawakan oleh Asus ini.



TIPS & ULASAN