Amerika Syarikat Mengetatkan Lagi Halangan Untuk Huawei Mendapatkan Cip Pemprosesan

Amerika Syarikat Mengetatkan Lagi Halangan Untuk Huawei Mendapatkan Cip Pemprosesan

Diterbitkan pada Ogos 18, 2020 oleh .

Kerajaan Amerika Syarikat sedia mengenakan halangan dagangan kepada Huawei, sekaligus menyukarkan mereka daripada mendapatkan cip pemprosesan dari syarikat-syarikat Amerika Syarikat – termasuk rekabentuknya.

Kini, kerajaan Amerika Syarikat dilihat mengetatkan lagi halangan dagangan mereka, dan mengatakan Huawei dihalang daripada mendapatkan cip pemprosesan daripada pengeluar luar negara yang menggunakan berasaskan teknologi Amerika Syarikat. Ini sekaligus menyukarkan lagi Huawei untuk mempunyai rakan kerjasama dalam mengeluarkan cip, atau mendapatkan cip yang tersedia daripada pengeluar luar negara.

Langkah ini akan menyukarkan lagi proses Huawei untuk meneruskan pengeluaran telefon pintar mereka. Sebelum ini, ia telah diperkatakan Huawei mempunyai cip yang sangat terhad untuk digunakan pada telefon pintar mercu Huawei Mate 40 akan datang.



TIPS & ULASAN