Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan pelayar web Internet Explorer untuk aplikasi Microsoft 365 dibawah mereka secara berperingkat, dan akan ditamatkan sepenuhnya pada 17 Ogos 2021 kelak. Selepas tarikh berkenaan, untuk kekal menggunakan perkhidmatan Microsoft 365, pengguna akan memerlukan pelayar web alternatif lain atau Microsoft Edge.

Dengan penamatan sokongan ini, pengguna yang menggunakan aplikasi seperti Office365, OneDrive, Outlook, dan sebagainya perlu beralih ke pelayar web baru. 

Malah, Microsoft turut mengatakan sokongan Internet Explorer 11 untk Microsoft Teams akan ditamatkan pada 30 November 2020 kelak.

Microsoft sendiri telah mula menyertakan Microsoft Edge secara terbina pada kemaskini Windows Update – selain turut menyertakan mod Internet Explorer untuk mengakses sejumlah aplikasi legasi menggunakan Microsoft Edge.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd