Cari @ Amanz

Meskipun sedang berhadapan dengan pelbagai krisis dan konflik, namun ia tidak mematahkan semangat Huawei untuk terus menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. Huawei juga dilihat terus berusaha untuk terus maju dan terkini, mereka dilaporkan telah muncul dengan sebuah paten peranti misteri bersama ciri yang unik.

Di mana, terdapat laporan mengatakan Huawei telah mempatenkan sebuah peranti dengan rekaan skrin mini tambahan pada modul kamera utama. Imej dikongsi memperlihatkan peranti tersebut hadir dengan paparan tambahan mini yang dipasangkan pada modul kamera utama. Skrin tersebut dilihat menunjukkan tetapan masa dan mungkin turut hadir dengan sejumlah lagi ciri lain.

Imej turut memperlihatlan Huawei telah mempatenkan dalam tiga jenis variasi reka bentuk. Pertama, paparan mini tersebut diletakkan di tengah-tengah antara lensa kamera. Jika diperhatikan ia menunjukkan simetri yang baik , di mana skrin tersebut dilihat lebih besar. Jadi, lebih banyak info atau ikon boleh ditunjukkan.

Seterusnya, modul kamera diletakkan pada sudut kiri dan paparan tambahan tersebut pula ditempatkkan pada bahagian bawah kamera. Bagaimanapun, paparan ini dilihat lebih kecil jika nak dibandingkan dengan rekaan pertama tadi. Rekaan ketiga pula dilihat hampir sama dengan rekaan kedua. Cuma bezanya, paparan tambahan tersebut dialihkan ke bahagian atas kamera.

Jika kita teliti, paparan hadapan dilihat seakan tiada bezel dan ia dilihat mungkin hadir dengan rekaan melengkung tepi disemua sisi seperti yang dutawarkan pada siri Huawei P40. Namun begitu, ia masih sekadar paten dan belum diketahui sama ada Huawei akan menggunakan rekaan ini untuk produk akhirnya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd