Samsung sebelum ini telah menyatakan mereka akan menawarkan sokongan kemaskini untuk tiga generasi sistem operasi Android bagi sejumlah peranti terpilih. Selari dengannya, hari ini Samsung berkongsi senarai peranti-peranti yang akan menerima sokongan berkenaan.
Berikut merupakan senarai telefon pintar Samsung yang akan menerima kemaskini Android selama tiga generasi:
Siri Galaxy S – Galaxy S20 Ultra 5G, S20 Ultra, S20+ 5G, S20+ 5G, S20+, S20 5G, S10+, S10, S10e, S10 Lite dan siri S akan datang.
Siri Galaxy Note – Galaxy Note20 Ultra 5G, Note20 Ultra, Note20 5G, Note20, Note10+ 5G, Note10+, Note10 5G, Note10, Note10 Lite dan siri Note akan datang.
Siri Galaxy Fold – Galaxy Z Fold2 5G, Z Fold2, Z Flip 5G, Z Flip, Fold 5G, Fold, dan siri Z akan datang.
Siri Galaxy A – Galaxy A71 5G, A71, A51 5G, A51, A90 5G, dan siri A akan datang
Siri Galaxy Tab – Galaxy Tab S7+, Galaxy Tab S7, Tab S6, Tab S6 Lite, dan siri Tab S akan datang.
Pada masa yang sama, Samsung kini turut mengesahkan yang mana Galaxy S20 akan menjadi terawal menerima kemaskini Android 11 pada tahun ini.