Cari @ Amanz

Oracle, salah satu syarikat yang memfokuskan perusahaan dalam perkhidmatan berasaskan awan dan perkhidmatan platform yang terkenal di dunia. Terbaru, ia agak mengejutkan ramai apabila <em>Financial Times</em> melaporkan Oracle kini turut dalam perbincangan untuk mendapatkan operasi TikTok di Amerika Syarikat.

Laporan baru ini memperlihatkan Oracle akan bersaing dengan Microsoft untuk membida operasi TikTok di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, pentadbiran Trump di Amerika Syarikat telah memberikan tempoh selama 90 hari untuk ByteDance menjual operasi TikTok di Amerika Syarikat, atau memilih untuk menghapuskan data pengguna negara berkenaan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd