OnePlus Nord Kini Rasmi Di Malaysia – Peranti Snapdragon 765G Dengan Harga Serendah RM1799

OnePlus Nord Kini Rasmi Di Malaysia – Peranti Snapdragon 765G Dengan Harga Serendah RM1799

Diterbitkan pada Ogos 18, 2020 oleh .

Bulan lepas OnePlus telah melancarkan OnePlus Nord untuk pasaran India dan juga Eropah. Ia adalah peranti kelas pertengahan kedua dari OnePlus selepas OnePlus X. Bertahun lamanya OnePlus sudah berhenti hadir dengan peranti dalam kelas ini, mereka mencuba sekali lagi. OnePlus Nord dikatakan adalah peranti kelas pertengahan dengan pengalaman seakan peranti mercu. Hari ini, ia telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Ia menggunakan skrin 6.44-inci OLED 90Hz, dijana Snapdragon 765G dan dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Kamera adalah 48MP (utama) + 8MP (sudut ultra lebar) + 5MP (sensor kedalaman) + 2MP (makro) dan kamera swafoto adalah 32+2 Megapixel. Seperti telefon OnePlus sebelum ini, ia turut dilengkapi dengan OxygenOS berasaskan Android 10. Bateri pula adalah 4115mAh dan menyokong Warp Charge 30T sebagai sistem pengecasan pantas, sistem sekuriti cap jari bawah skrin, sokongan rangkaian 5G dan dua pilihan warna – Blue Marble, dan Grey Onyx. Harga jualan peranti ini adalah RM1,799 untuk 8/128 GB dan RM2,399 untuk 12/256 GB.

OnePlus Malaysia menjual peranti ini secara eksklusif di Shopee mereka dan pembeli terawal boleh menerima OnePlus Buds secara percuma (untuk 12/256 GB sahaja). Variasi 8/128 GB bole dibeli hari ini 18 Ogos, manakala 12/256 GB boleh dibeli pada 22 Ogos. Apa kata anda, adakah ini peranti OnePlus yang anda idamkan atau adakah ini peranti 5G mampu milik yang anda ingin miliki?

Beli OnePlus Nord Di Sini



TIPS & ULASAN