Pembangun Yang Menggunakan Unreal Engine Akan Menjadi Mangsa Perbalahan Apple Dan Epic Games

Pembangun Yang Menggunakan Unreal Engine Akan Menjadi Mangsa Perbalahan Apple Dan Epic Games

Diterbitkan pada Ogos 18, 2020 oleh .

Awal pagi ini kami telah melaporkan bahawa Apple akan menutup akaun pembangun Epic Games menjelang 28 Ogos kelak, sekaligus bukan sahaja membuang permua Fortnite daripada App Store, tetapi juga terus menghalang Epic Games daripada membangun sebarang aplikasi pada platform tersebut.

Epic Games berkata penutupan akaun pembangun tersebut bukan sahaja akan merugikan Epic Games sendiri, tetapi juga pembangun-pembangun aplikasi dan permua yang lain yang menggunakan Unreal Engine untuk membangunkan aplikasi-aplikasi mereka di platform iOS dan Mac.

Penutupan akaun pembangun tersebut akan menyebabkan “snowball effect” dimana syarikat-syarikat yang membangunkan permua-permua ini akan dipaksa membina aplikasi-aplikasi mereka semula dari mula.

Ini akan menyebabkan kerugian dan pembaziran masa yang sangat besar, khususnya kepada para pembangun indie yang tidak mempunyai modal yang begitu besar, dan kepakaran untuk membina aplikasi menggunakan enjin grafik yang berbeza.

Epic Games juga dilaporkan sedang bekerja keras untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang keputusan Apple ini menjelang 28 Ogos kelak, kerana mengkhuatiri situasi yang paling teruk akan berlaku untuk pembangun-pembangun lain yang menggunakan Unreal Engine.



TIPS & ULASAN