OnePlus Sedang Membangunkan Pengecas 18W – Mungkin Untuk OnePlus Nord Kedua?

OnePlus Sedang Membangunkan Pengecas 18W – Mungkin Untuk OnePlus Nord Kedua?

Diterbitkan pada Ogos 18, 2020 oleh .

OnePlus Nord adalah peranti kelas pertengahan kedua OnePlus selepas OnePlus X dan aalah peranti kelas pertengahan pertama dalam siri Nord. Ya, Nord adalah bersiri dan sudah pun ada laporan yang OnePlus bakal hadir dengan peranti OnePlus Nord kedua yang mungkin dijana dengan Snapdragon 690.

Terkini, TÜV Rheinland telah mengiktirafkan sistem pengecasan 18W baharu dari OnePlus. Ia disenaraikan sebagai 5V 2A (10W) dan 9V 2A (18W). Ini adalah pertama dari OnePlus, peranti mereka sejak tahun lepas semuanya adalah 30W – iaitu Warp Charge 30/30T. Jika Power Delivery. OnePlus 7 Pro ke atas hanya menyokong 15W sahaja dan 20W sebelum ini adalah untuk Dash pada OnePlus 7 ke bawah. Jelas di sini, 18w ini adalah untuk peranti baru – mungkin untuk OnePlus Nord yang lebih murah.

OnePlus Nord 2 ini menggunakan kod nama Billie, yang memberi maksud Billie Ellish – yang mana selari dengan OnePlus Nord pertama yang menggunakan kod nama Avicii iaitu nama penyanyi. Peranti Nord kedua ini dikatakan akan dipasarkan pada pasaran yang lebih luas dan harga yang jauh lebih murah.



Paling Popular