Sekatan Apple Keatas Epic Games Akan Ditarik Jika Mereka Bersetuju Dengan Terma Sebelum Ini

Sekatan Apple Keatas Epic Games Akan Ditarik Jika Mereka Bersetuju Dengan Terma Sebelum Ini

Diterbitkan pada Ogos 18, 2020 oleh .

Epic Games sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Apple mengancam untuk menutup akaun pembangun syarikat tersebut menjelang 28 Ogos kelak kerana melanggar perjanjian tentang cara pembayaran dalam aplikasi yang ditetapkan oleh Apple.

Diantara isu terbesar yang dapat dilihat dengan ancaman ini ialah kemungkinan besar bahawa Unreal Engine tidak dapat digunakan oleh pembangun aplikasi dan permua pada platform iOS dan juga Mac.

Terkini, Apple mengeluarkan satu lagi kenyataan dimana Epic Games boleh mengelak semua masalah yang sedang berlaku ini dengan mempersetujui terma-terma yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Pertelingkahan diantara Apple dan Epic Games ini bermula apabila Epic Games mengeluarkan kemaskini untuk permainan Fortnite yang mengetepikan sistem pembayaran Apple yang akan mengambil keuntungan sebanyak 30 peratus daripada setiap transaksi wang sebenar didalam aplikasi.

Malah, Google yang juga mempunyai perjanjian sama dengan Epic Games juga telah membuang aplikasi tersebut daripada Play Store kerana isu yang sama. Walaupun begitu, Google pada masa ini tidak membuat tindakan drastik seperti mengugut penutupan akaun pembangun Epic Games pada platform Android seperti apa yang dilakukan oleh Apple.

Sama-sama kita lihat jika saga diantara kedua-dua syarikat ini akan berlarutan sehingga 28 Ogos kelak, iaitu tarikh apabila Epic Games akan dikunci daripada pembangunan di platform iOS dan Mac.



TIPS & ULASAN