Doftek Membangunkan Sistem Penjajaran dan Kamber Roda Aktif Untuk Kenderaan Bermotor

Doftek Membangunkan Sistem Penjajaran dan Kamber Roda Aktif Untuk Kenderaan Bermotor

Diterbitkan pada Ogos 18, 2020 oleh .

Secara lazimnya roda kereta perlu menjalani proses penjajaran (alignment) setiap 3 tahun. Dengan penjajaran yang betul bunga pada tayar akan digunakan dengan lebih sekata dan turut mengurangkan penggunaan minyak. Tetapi terdapat sebilangan pemilik kenderaan yang memiringkan sedikit roda bagi mendapatkan kamber negatif bagi mendapatkan pengalan membelok yang lebih selesa. Kesan negatifnya ialah bunga bahagian dalam tayar akan “dimakan” dengan lebih pantas.

Doftek, sebuah syarikat dari Australia telah membangunkan sistem penjajaran roda aktif (active wheel alignment system -AWAS) untuk kenderaan. Dengan sistem AWAS ini, sudut kamber (camber), toe dan caster pada sesebuah kenderaan dapat diubah secara aktif. Ketika perlu membelok dengan lebih baik, roda akan diubah ke tetapan kamber negatif dan toe ke dalam.

Apabila ingin mengurangkan penggunaan minyak pula, roda akan dijajarkan pada sudut yang tegak. Menurut Dovtek, dengan sistem AWAS mereka, perbezaan prestasi memandu sehingga 29% dapat dinikmati

Apabila dipasang pada kenderaan, pemandu boleh memilih mod Normal, Sport dan Sport+. Pada mod normal kamber diletakkan pada 0 darjah dan pada mod Sport+ pula ia meningkat ke -3%.

Sistem yang sebesar 1 kilogram untuk setiap tayar ini boleh dipasang kepada dua atau keeempat-empat tayar kereta. Terdapat perancangan untuk menghasilkan sistem AWAS pada lori juga. Pada waktu ini Doftek sedang melakukan ujian lebih menyeluruh sebelum menawarkan kit mereka kepada pengguna.



TIPS & ULASAN