Cari @ Amanz

Tahun ini melihat semakin banyak cip pemproses 5G dilancarkan untuk memenuhi keperluan peranti mercu dan pertengahan. Tetapi dalam kes cip Snapdragon 765G misalnya, ia menyebabkan harga jualan peranti yang lebih tinggi walaupun sekadar sebuah peranti kelas pertengahan. Adakah ini bermakna tiada lagi cip 4G yang mampu milik akan dihasilkan Qualcomm?

Tetapi menurut maklumat yang telah tertiris, Qualcomm akan melancarkan Snapdragon 732G pada bulan September. Cip ini akan menjadi cip kemas kini untuk Snapdragon 730G dengan konfigurasi 2+6 teras. Ini terdiri daripada dua teras Kryo 430 Gold dan enam teras Kryo 470 Silver dengan cip GPU Adreno 618.

Memandangkan ia adalah model kemas kini, 732G dipercayai akan hanya menyokong rangkaian 4G sahaja. Sekiranya ura-ura ini menjadi realiti, cip kelas pertengahan mampu milik yang mampu menjalankan permua pada tetapan yang tinggi akan dilancarkan dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd