Cari @ Amanz

Aplikasi Setel merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna untuk melakukan pembayaran untuk pembelian petrol di stesen minyak Petronas. Pembangunnya telah mengumumkan bakal menyertakan sejumlah ciri baru, dan hari ini, salah satu daripadanya telah diperkenalkan, dinamakan sebagai Deliver2Me.

Melalui Deliver2Me, pengguna boleh membuat pembelian petrol seperti biasa, dan seterusnya turut memilih barangan dari Kedai Mesra untuk dibeli terus menggunakan aplikasi Setel.

Setel Deliver2Me

Seterusnya, pengguna boleh meneruskan transaksi, dan memasukkan nombor plat kenderaan anda. Pihak Kedai Mesra seterusnya akan membawa barangan tempahan anda terus ke kenderaan – sementara anda sedang mengisi minyak untuk kenderaan.

Buat masa ini, Deliver2Me masih pada peringkat percubaan, dan terhad di beberapa buah lokasi stesen minyak Petronas sahaja – iaitu di Petronas Sungai Buloh Layby dan juga Petronas Mutiara Damansara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd