Cari @ Amanz

Realme kini hadir dengan satu lagi aksesori audio terbaru menerusi pengenalan Realme Buds Classic. Ia merupakan set fon telinga berwayar klasik yang hadir dengan rekaan jenis dalam telinga atau biasa.

Setiap fon telinga dimuatkan dengan pemacu audio 14.2mm dan turut terbina adalah mikrofon definisi tinggi untuk kualiti yang lebih jelas. Terdapat juga butang fizikal khas yang membolehkan pengguna mengawal sejumlah tetapan seperti tahap kekuatan suara, memainkan muzik dan menjawab panggilan telefon.

Selain itu, fon telinga ini juga dilihat masih menggunakan bicu 3.5mm. Turut disertakan adalah kemasan tali yang memudahkan penggunaan sekaligus, mengelakkan ia berbelit. Realme Buds Classic tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Black serta White dan ditawarkan pada harga INR 399 (~RM22.00).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd