Cari @ Amanz

Penggunaan powerbank sebenarnya masih dilihat relevan. Kita juga dapat lihat makin hari makin banyak pilihan powerbank terbaik, murah dan pelbagai kapasiti telah membanjiri pasaran. Kali ini, Oppo dilihat menambah lagi pilihan ini dengan memperkenalkan Oppo Power Bank 2.

Aksesori ini hadir dengan kapasiti 10,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Oppo Power Bank 2 hadir dengan kemasan pusam 3D melengkung untuk memberikan cengkaman yang baik ketika ianya dipegang. Binaannya juga nipis dengan berat sekitar 273 gram sahaja.

Selain itu, aksesori ini juga hadir dengan sokongan input / output menggunakan port USB-C dan dua cara sokongan pengecasan cepat. Ia juga dilengkapi dwi kabel penyambung yang menyokong port mikro-USB dan USB C untuk pengecasan peranti yang berbeza.

Berbalik pada sokongan pengecasan pantas 18W pada aksesori ini, ia dikatakan berupaya dengan keupayaan 16% lebih pantas berbanding powerbank lain. Oppo Power Bank 2 ditawarkan pada harga INR 1,299 (~RM 73.00).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd