Aladdin Kembali Ke Pasaran E-Dagang Tempatan Dengan CEO Baru

Aladdin Kembali Ke Pasaran E-Dagang Tempatan Dengan CEO Baru

Diterbitkan pada Ogos 18, 2020 oleh .

Pada tahun 2016 Aladdin Street telah diumumkan dibawah kendalian Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang memfokuskan penawaran produk halal untuk seluruh dunia. Selepas 4 tahun, ia telah distruktur semula dan kini dibawah pentadbiran baharu.

Dibawah pentadbiran baharu, ia dikelolakan oleh Eizaz Azhar yang dahulunya dari Halal Development Corporation dan kini selaku CEO Aladdin Group, dan telah menyertakan beberapa tunjang utama termasuklah Pengarah Hal-Ehwal Halal iaitu Prof Dr Irwandi Jaswir yang dianugerahkan King Faisal Prize 2018 atas kefahaman meluas beliau untuk dunia E-dagang halal seluruh dunia dan juga Raymond Woo sebagai Ketua Pemasaran dan Peruncit.

Aladdin dilihat ingin menawarkan perkhidmatan menyeluruh untuk industri E-dagang, dimana ia merangkumi B2B, B2C dan termasuklah O2O (luar talian kepada dalam talian) dimana kebanyakan produk yang ditawarkan dijamin halal dan menepati syariah.

Pada pelancarannya harini juga, Aladdin memperkenalkan beberapa jenama yang menawarkan produk mereka dan juga rakan kerjasama strategik logistik antaranya adalah ZeptoExpress & Easy Parcel dan pelbagai lagi. 

Buat masa ini mereka masih dalam persiapan bagi melancarkan aplikasi mereka, dan bagi pemilik perniagaan yang ingin turut serta dalam platform ini, anda boleh melayari laman web mereka untuk maklumat lanjut.

Layari: Aladdin Group



TIPS & ULASAN