Siri Samsung Galaxy Note20 Kini Sudah Mula Ditawarkan Oleh Pelbagai Syarikat Telekomunikasi

Siri Samsung Galaxy Note20 Kini Sudah Mula Ditawarkan Oleh Pelbagai Syarikat Telekomunikasi

Diterbitkan pada Ogos 25, 2020 oleh .

Siri Samsung Galaxy Note20 sudahpun memasuki pasaran Malaysia. Ia merupakan siri yang dilengkapi dengan 3 pilihan model, iaitu Samsung Galaxy Note20 4G, Note20 5G, dan Note20 Ultra 5G. Ketiga-tiga model ini hadir dengan spesifikasi peranti mercu dengan rekaan yang menarik bersama fungsi-fungsinya yang bukan sahaja dapat membantu produktiviti harian kita, malah telefon pintar ini juga memberi kita peluang untuk menikmati permainan tanpa batasan. Siri Galaxy Note20 ini dilengkapi dengan rekaan minimalis yang memberikan kesan premium kepadanya. Malah pilihan warna yang ditawarkan juga membantu untuk memberikan efek premium pada peranti.

Ketiga-tiga model ini mempunyai spesifikasi yang hampir sama, Galaxy Note20 4G dan Galaxy Note20 5G mempunyai spesifikasi yang sama, cuma rangkaian yang ditawarkan sahaja berbeza. Manakala, Galaxy Note20 Ultra mempunyai spesifikasi yang lebih premium. Kamera Galaxy Note20 5G hadir dengan gabungan tri-kamera 12MP+12MP+64MP bersama sokongan zum 3x hibrid dan 30x Super Resolution Zoom. Bagi kamera Galaxy Note20 Ultra pula, ia juga menyertakan tri kamera utama, gabungan 12MP+108MP+12MP bersama sensor Laser AF serta sokongan zum optikal 5X dan 50x Super Resolution Zoom. Jika di pasaran, telefon pintar ini dijual pada harga bermula RM3899. Namun, melalui pelan-pelan telekomunikasi yang ditawarkan, anda boleh mendapatkannya pada harga yang lebih rendah secara bulanan.

Antara syarikat telekomunikasi yang telah mula menawarkan telefon pintar ini dalam pelan mereka adalah Maxis. Maxis adalah antara syarikat telekomunikasi yang terkenal melalui pelan Zerolution mereka yang membolehkan pelanggan mereka untuk menggunakan telefon pintar siri Note20 samaada secara pembelian atau sewaan dan tidak perlu membuat pembayaran pendahuluan. Maxis juga menawarkan pakej pembelian 2 buah peranti yang sama dengan kadar komitmen yang rendah setiap bulan melalui pelan Maxis Zerolution. Bagi setiap pembelian telefon pintar ini, anda berpeluang untuk menerima servis perlindungan daripada kecurian dan perlindungan peranti secara percuma iaitu UV steriliser dan pengecas nirwayar selama 3 bulan. Tambahan pula, berdasarkan keputusan ujian kelajuan sambungan Internet daripada Speedtest Ookla, Maxis merupakan rangkaian mudah alih yang pantas dan telahpun bersedia untuk menawarkan rangkaian 5G mereka. Jadi, sekiranya anda membeli Galaxy Note20 Ultra melalui pelan Maxis, mungkin pengalaman menggunakan peranti ini adalah lebih baik.

Layari: Laman Rasmi Maxis Untuk Maklumat Lanjut

U Mobile juga turut menawarkan telefon pintar siri Galaxy Note20 ini kepada pelanggan mereka. Sekiranya anda membeli siri Note20 ini melalui cawangan utama U Mobile di Berjaya Times Square, anda juga berpeluang untuk mendapatkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Active 2 (44mm) pada harga promosi iaitu RM819 (RM1099) sebulan. Bagi anda sebagai pelanggan U Mobile yang berminat untuk mendapatkan siri Galaxy Note20 bersama jam tangan pintar mereka, tawaran ini boleh didapati bermula 21 Ogos hingga 30 September ini.

Anda juga boleh membuat pra-tempahan melalui pelan U Mobile Unlimited Hero P139. Melalui pra-tempahan, anda berpeluang untuk menerima Galaxy Buds+, UV Steriliser, dan juga pengecas nirwayar secara percuma bagi model Note20 5G. Bagi model Note20 Ultra 5G pula, anda berpeluang untuk menerima Galaxy Buds Live, UV Steriliser dan juga pengecas nirwayar.

Layari: Laman Rasmi U Mobile Untuk Maklumat Lanjut

Sekiranya anda pelanggan Digi dan ingin memiliki siri Note20 pula, anda boleh mendapatkannya melalui langganan pelan Digi PhoneFreedom 365. Dengan harga langganan bermula RM108 setiap bulan, anda boleh berjimat sehingga RM1707 jika dibandingkan dengan harga pasaran peranti ini. Melalui pelan ini juga, anda boleh menikmati internet berganda yang berkelajuan sehingga 200GB, panggilan tanpa had, naik taraf peranti secara percuma selepas 20 bulan langganan, dan perlindungan peranti secara percuma selama 2 tahun melalui Digi Shield bernilai RM696. Apa yang lebih menarik lagi adalah, Digi menawarkan sebanyak 20 unit televisyen pintar Samsung 50″ 4K UHD yang bernilai RM45,980 untuk dimenangi jika anda membeli siri Note20 melalui pelan mereka.

Layari: Laman Rasmi Digi Untuk Maklumat Lanjut

Syarikat telekomunikasi seterusnya yang menawarkan siri Note20 ini melalui pelan mereka adalah Celcom. Melalui pakej Lightning Pass daripada pelan pascabayar Celcom MEGA, anda boleh menikmati rangkaian internet berkelajuan sehingga 120GB, perayauan percuma dan dapat memiliki terus siri Galaxy Note20 pada harga bulanan serendah RM99 melalui pelan EasyPhone mereka.

Layari: Laman Rasmi Celcom Untuk Maklumat Lanjut

Jika kita lihat secara keseluruhan, syarikat telekomunikasi masing masing telah hadir dengan penawaran yang berbaloi untuk anda berminat dengan siri Galaxy Note20 ini. Masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Namun, kesemuanya terserah kepada anda dan syarikat telekomunikasi yang mana anda langgan untuk mendapatkan siri Note20 ini. Harga pasaran untuk siri Galaxy Note20 ini adalah bermula daripada RM3899 dan bagi anda yang berminat, boleh rujuk syarikat telekomunikasi yang anda langgan, samaada Maxis, U Mobile Digi atau juga Celcom.

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN