Cari @ Amanz

Aplikasi Google Maps kini menerima penambahbaikan visual baru yang membawakan maklumat dan butiran lebih terperinci. Ia bertujuan memudahkan pengguna untuk terus menikmati pengalaman penggunaan yang baik.

Visual pada Google Maps kini dilihat lebih berwarna-warni. Aplikasi ini nampaknya menggunakan warna pemetaan yang betul untuk mewakili setiap fungsi dan geografi yang berbeza. Melaluinya, pengguna akan dapat melihat pelbagai warna baru lebih terperinci mewakili kawasan di seluruh dunia – sekaligus memudahkan mereka untuk mengecam sesuatu kawasan. Sebagai contoh warna hijau gelap digunakan untuk mewakili hutan tebal, manakala warna hijau cair pula mewakili kawasan pokok renek.

Dalam perkembangan lain, Google Maps juga akan dikemaskini dengan maklumat jalan yang lebih terperinci. Melaluinya, pengguna kelak akan dengan mudah mengetahui di mana letaknya kawasan untuk pejalan kaki, kawasan untuk keperluan kerusi roda dan sebagainya dengan skala yang tepat. Maklumat seperti ini adalah amat berguna terutamanya untuk mereka yang sering berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd