Cari @ Amanz

Dengan wujudnya perkhidmatan penstriman, ramai tidak lagi mendengar radio kerana inginkan kebebasan mendengar muzik yang ingin didengari dan jeles dengan jenaka yang tidak kelakar. Tetapi Apple melihat masih terdapat minat kepada radio dan telah memperkenalkan Apple Music radio semalam.

Menerusi Apple Music Radio, tiga stesen boleh didengari iaitu Apple Music 1, Apple Music Hits dan Apple Music Country. Apple Music 1 ialah nama baharu kepada radio Beats 1 yang telah beroperasi sejak 2015. Ia kekal menawarkan kandungan seperti temubual bersama artis. Apple Music Hits pula akan menyiarkan muzik popular dari dekad 80an, 90an dan 2000. Akhir sekali ialah Apple Music Country yang menyiarkan muzik dari genre country Amerika Syarikat. Ketiga-tiga stesen radio akan mempunyai DJ tersendiri yang memainkan lagu mengikut selera semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd