Cari @ Amanz

Kita boleh kata, pembantu maya Google Assistant adalah salah satu daripada beberapa aplikasi kegemaran pengguna masa kini. Pembantu maya ini juga boleh melakukan banyak perkara seperti menyanyi, memainkan muzik kegemaran, melalukan navigasi dan sebagainya.

Terkini, fungsi pada Google Assistant ditambahbaik dengan fungsi kebolehan untuk menghantar mesej bersuara ke kenalan terpilih. Andai kata, anda sedang bersantai dan bersandar melepas rasa lelah dan terasa malas menaip mesej untuk dihantar ke kenalan. Anda boleh menyeru Google Assistant dan meminta bantuan daripadanya untuk melakukan perkara tersebut untuk anda.

Sebagai contoh, untuk bermula anda hanya perlu menyebut “Hey Google, send an audio message” atau ‘Hey Google, send an audio message to Paul (kenalan yang dimaksudkan) saying I’m on the way“. Kemudiannya, mesej tersebut akan dihantar kepada kenalan yang dipilih. Penggunaan bahasa yang disokong adalah bahasa Inggeris.

Tidak sekadar itu sahaja, Google Assistant juga boleh digunakan untuk sejumlah lagi fungsi lain. Ia termasuklah bantuan untuk membaca artikel pada sesebuah web, bantuan carian lokasi restoran dengan khidmat penghantaran, bantuan untuk menangkap gambar swafoto, bantuan untuk menghubungi dengan mudah dan bantuan untuk berkongsi perkara menarik dengan orang lain melalui mesej bersuara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd