Maxis Menawarkan 25GB Data Tambahan Percuma Untuk Pembelian Data HotlinkMU sehingga 16 September

Maxis Menawarkan 25GB Data Tambahan Percuma Untuk Pembelian Data HotlinkMU sehingga 16 September

Diterbitkan pada Ogos 19, 2020 oleh .

Maxis kini menyambut ulang-tahun ke-25 mereka, dan menariknya, selari dengan sambutan berkenaan, Maxis turut hadir dengan promosi khas untuk pengguna Hotlink.

Melalui promosi baru Hotlink, mereka menawarkan data tambahan percuma sebanyak 25GB untuk pembelian sebarang pass HotlinkMU Merdeka Promo.

Data ini boleh digunakan untuk semua tujuan, termasuk penstriman, muat-turun dan sebagainya – dan tertakluk kepada tempoh aktif selari dengan pas yang dibeli.

Bagi anda yang menggunakan Hotlink, boleh menyemak promosi ini melalui aplikasi Hotlink RED hari ini. Promosi ini akan ditawarkan sehingga 16 September kelak.



Paling Popular