Gambar Sebenar Modul Kamera Huawei Mate 40 Dan Mate 40 Pro Tertiris

Gambar Sebenar Modul Kamera Huawei Mate 40 Dan Mate 40 Pro Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 19, 2020 oleh .

Adakah anda masih ingat dengan rekaan modul kamera pada siri Huawei Mate 30 sebelum ini? Ianya hadir dengan kemasan bonjol kamera yang berbentuk bulat besar. Tidak dinafikan, ramai yang memuji inovasi ini. Namun, ada juga yang kurang dengan rekaan ini dan mengatakannya kelihatan seakan mesin basuh baju.

Rekaan Modul Kamera Huawei Mate 40

Terkini, Huawei dilihat mungkin masih membawakan rekaan bonjol kamera berbentuk bulat pada siri Huawei mate 40. Ia berikutan terdapat laporan mendakwa imej yang memperlihatkan rekaan modul kameranya tertiris di arena web. Tetapi, dengan sedikit pengubahsuaian di mana, ia akan diletakkan di dalam sebuah modul berbentuk segi empat.

Jika diperhatikan, kedua-dua modul dilihat mempunyai label “3D” – yang mana mungkin menunjukkan pada sensor ToF. Seterusnya, paling menarik perhatian adalah modul kamera pada Huawei Mate 40 Pro yang dilihat didatangkan dengan satu ruangan lensa memanjang pada bahagian tengah.

Rekaan Modul Kamera Huawei Mate 40 Pro

Seperti biasa, maklumat dikongsi masih lagi di peringkat ura-ura dan belum diketahui mengenai kesahihannya. Kita mungkin mendengar lebih banyak maklumat tertiris mengenainya dalam masa terdekat ini.



TIPS & ULASAN