Cari @ Amanz

Kerajaan Amerika Syarikat sebelum ini telah mengeluarkan lesen dagangan sementara untuk Huawei – sekaligus membawa kepada spekulasi yang mana peranti Huawei kelak mungkin tidak menerima kemaskini sistem operasi dan aplikasi.

Menjawab persoalan berkenaan, kini pihak Huawei mengatakan tiada sebarang impak terhadap peranti sedia ada yang telah ditawarkan sebelum ini. Huawei mengatakan mereka akan meneruskan penawaran kemaskini sekuriti dan perisian kepada peranti mereka seperti biasa.

Sebelum ini sendiri, Google dan Huawei telah mengatakan tiada sebarang impak terhadap peranti sedia ada yang hadir dengan Google Play – dan boleh digunakan seperti biasa. Sementara untuk pengguna yang menggunakan peranti Huawei dengan HMS, turut boleh menikmati kemaskini perisian dan sekuriti seperti biasa.

Memandangkan Android sedia ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka – perkara ini mungkin telah dijangka ramai. Apa pun, disebabkan tiada sebarang kerjasama dibenarkan antara syarikat Amerika dengan Huawei, maka pihak Huawei mungkin perlu nantikan terbitan kod sumber Android sepenuhnya sebelum dapat mengoptimasikan ia untuk peranti – berbanding akses eksklusif pengeluar peranti seperti sebelum-sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd